Connecticut Health Digest
SEE OTHER BRANDS

Catch up with health and wellness news from Connecticut

Curia Menerbitkan Laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) 2024

ALBANY, N.Y., Oct. 30, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Curia Global, Inc. (Curia), sebuah organisasi terkemuka dalam penyelidikan kontrak, pembangunan dan pembuatan, hari ini mengumumkan penerbitan laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) syarikat itu. Laporan terbaharu ini menekankan nilai baharu syarikat yang dikenali sebagai “C.U.R.I.A. Way”—iaitu Curiosity (Rasa Ingin Tahu), Urgency (Kecepatan), Respect (Hormat), Integrity (Integriti) dan Accountability (Akauntabiliti)—serta bagaimana nilai-nilai ini disepadukan dalam misi, tujuan dan inisiatif tanggungjawab korporat Curia.

Pencapaian utama daripada laporan ini termasuk:

  • Pada tahun 2024, Curia telah berikrar untuk menetapkan pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) jangka pendek dan jangka panjang di seluruh syarikat selaras dengan sains iklim melalui Inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi) dan menyertai kempen Race to Zero anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, iaitu gabungan global entiti bukan negara yang berusaha untuk mengurangkan separuh pelepasan global menjelang tahun 2030.
  • Kemudahan Curia di Perancis, iaitu di Bon Encontre dan Tonneins, telah memperoleh pensijilan ISO 9001, 45001 dan 14001, manakala tapak di Origgio dan Rozzano, Itali, telah memperoleh pensijilan ISO 45001 dan 14001. Sistem Pengurusan EHS syarikat terus mencerminkan piawaian ISO 14001 dan 45001 di semua lokasi.
  • Sebanyak 85% kemudahan Curia telah melebihi satu tahun tanpa kecederaan yang direkodkan, dengan sembilan tapak melebihi dua tahun.
  • Para pekerja secara sukarela telah meluangkan lebih daripada 10,000 jam untuk pembelajaran di platform iLearn syarikat, yang dikuasakan oleh teknologi Percipio dari Skillsoft, yang terus menyediakan sumber pembelajaran untuk pekerja bertaraf eksekutif di seluruh dunia.
  • Majlis DE&I Curia terus berkembang dengan fokus menyediakan forum untuk perbincangan serta laluan kemajuan bagi semua pekerja.

“Laporan ESG terkini kami mencerminkan kemajuan kami sebagai peneraju dalam industri daripada mengurangkan jejak alam sekitar kepada memupuk budaya keselamatan, integriti dan tanggungjawab,” kata Philip Macnabb, Ketua Pegawai Eksekutif Curia. “Ketika Curia terus berkembang, kami sedar masih banyak usaha yang perlu dilakukan. Inisiatif ESG kami kekal erat berkait dengan pendekatan kami terhadap inovasi saintifik dan kecemerlangan operasi dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan pesakit mereka.”

Untuk membaca laporan ESG penuh, sila layari: https://curiaglobal.com/about-us/corporate-responsibility/

Perihal Curia
Curia merupakan sebuah organisasi penyelidikan, pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) dengan pengalaman yang melebihi 30 tahun, rangkaian bersepadu bagi lebih 20 tapak global dan kira-kira 3,200 orang pekerja yang bekerjasama dengan pelanggan biofarmaseutikal untuk membawa terapi yang mengubah kehidupan ke pasaran. Tawaran kami tersedia dalam bentuk molekul kecil, API generik dan biologi merangkumi penemuan melalui pengkomersialan, dengan keupayaan pengawalseliaan, analitikal dan kemasan isian bersteril yang bersepadu. Pakar saintifik dan proses kami serta fasiliti kami yang mematuhi kawal selia memberikan pengalaman terbaik dalam kelasnya yang meliputi bahan aktif ubat-ubatan dan pembuatan produk ubat-ubatan. Kami menjayakan setiap langkah, daripada rasa ingin tahu hinggalah mengubati, untuk mempercepatkan penyelidikan anda dan menambah baik kehidupan pesakit. Layari kami di curiaglobal.com.

Hubungan Korporat:
Viana Bhagan
Curia
+1 518 512 2111
corporatecommunications@CuriaGlobal.com


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions